Nota Pengetahuan AM Berkaitan Dasar Perakaunan Negara

Umumnya soalan pengetahuan AM SPA adalah berkaitan dengan isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara. Sebagai calon anda perlu alert dengan setiap peristiwa yang berlaku. Tambahan jika peristiwa tersebut memberi kesan kepada negara dari politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, pengetahuan berkaitan penjawatan itu sendiri yang perlu diberikan perhatian oleh calon. Contohnya, sekiranya anda memohon jawatan Akauntan, anda perlulah ambil tahu mengenai fungsi dan bidang tugas Akauntan.

Ya lah, jika nak jadi Akauntan anda perlulah tahu serba sedikit mengenai jawatan yang anda pohon. Ini penting agar setiap soalan berkaitan penjawatan dapat di jawab dengan baik dalam peperiksaan nanti.

Tahukah anda saban tahun, soalan-soalan berkaitan dasar yang dilaksanakan kerajaan akan di tanya dalam peperiksaan SPA. Oleh itu, anda perlu mempunyai pengetahuan umum berkenaan dasar kerajaan, polisi dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ini bakal bantu anda dalam peperiksaan nanti. Persoalannya sekarang ialah dasar mana yang perlu diberikan perhatian.

DASAR MANA YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN?

Soalan begini terlalu umum untuk di jawab. Namun, berdasarkan soalan-soalan Pengetahuan AM Akauntan lepas apa yang boleh kami simpulkan ialah seperti di bawah;

  • Studi dasar yang mempunyai kaitan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Studi isu yang timbul akibat pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Studi juga kesan akibat perlaksanaan dasar.

Kebiasaannya soalan akan lebih menjurus kepada perkara-perkara di atas. Lihat kembali kepada apa yang di tanya dalam Seksyen Pengetahuan AM peperiksaan Akauntan lepas.

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM AKAUNTAN LEPAS

Ini antara topik soalan yang ditanya dalam peperiksaan Akauntan tahun 2014 yang lepas. Ia skop soalan bahagian Pengetahuan AM Akauntan WA41

1.. Liabiliti Semasa
2. Urusan Pedagangan Kredit
3. Prinsip Perakaunan
4. Perakaunan Tunai
5. Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)
6. Perlantikan Pendaftar Wang Tidak Di Tuntut
7. Belanjawan Negara
8. Perakaunan Akruan
9. Demokrasi Berparlimen
10. Catatan Bergu

Manakala antara dasar kerajaan yang di tanya dalam peperiksaan SPA untuk pelbagai jawatan lain adalah seperti di bawah.

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2014

Berikut sedikit maklumat berkaitan skop soalan yang pernah di tanya dalam Peperiksaan Online SPA Tahun 2014:

1. Pentadbiran Tanah Negeri & Daerah (Tanggungjawab)
2. Perlembagaan Malaysia (Perlindungan)
3. 12 Bidang Kuasa Utama Negara (NKEA)
4. Gempa Bumi Jepun
5. Penswastaan
6. Defisit dan Imbangan Perdagangan
7. Fokus Utama Pembangunan Bio-teknologi Negara

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2015

1. Objektif Penubuhan ASEAN
2. NKRA & 1AZAM
3. Organisasi di Bawah PBB
4. Koridor Wilayah Ekonomi Negara
5. Prinsip Rukun Negara
6. EKUINAS
7. Agensi Yang Melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary Credit)
8. Negara Yang Laksanakan GST di ASEAN
9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2016

1. Perjanjian Penubuhan Malaysia
2. Penglibatan Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa
3. Wakil Kerajaan ke PBB
4. Kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Ke atas ASEAN
5. Pelaburan Asing Ke atas Negara
6. Kabinet
7. Agensi di Bawah KPDNKK
8. Pendudukan Jepun
9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Topik soalan yang luas bukan? Untuk makluman, hanya satu soalan diajukan bagi setiap topik di atas. Maknanya anda perlu tahu mengenai topik tersebut untuk menjawab.

Kepada calon terlibat ambil tahu tentang perkara di atas sedikit sebanyak. Mungkin berguna jika set soalan yang serupa diajukan nanti.

APA PULA SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM 2017/2018

Berikut adalah cadangan topik yang WAJIB calon kuasai :

1. TN50
2. Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)
3. Government Transformation Programme (GTP)
4. National Key Result Area (NKRA)
5. Economic Transformation Programme (ETP)
6. Koridor Wilayah (Iskandar Malaysia, SDC, SCORE, NCER, ECER, Bandar Malaysia)
7. Bajet 2009 – 2018
8. Tranformasi Nasional (TN 50)
9. Digital Free Trade Zone (DFTZ)
10. ASEAN Economic Community (AEC)
11.New Economic Model (NEM)

NOTA BERKAITAN DASAR SOALAN AKAUNTAN

 

Anda inginkan nota berkaitan dasar-dasar kerajaan? Untuk makluman, segala nota terkini berkaitan dasar kerajaan peperiksaan Akauntan dan kerja kerajaan telah dikemaskini dalam panduan terkini peperiksaan yang dikeluarkan di atas.

Terdapat 105 Nota ringkas dan ilustrasi yang disediakan untuk memudahkan studi anda. Antara nota core yang dimasukkan khas untuk anda adalah seperti berikut:

1. Maklumat Perjawatan
2. Piawaian Perakaunan
3. Unit, Bahagian JANM
4. Istilah Accountancy
5. Pentadbiran Malaysia
6. Produk 1Malaysia

Jadi sekiranya anda berminat mendapatkan contoh soalan Akauntan & nota dasar-dasar kerajaan pastikan anda daftar ke dalam sistem mailing list kami terlebih dahulu. Klik pautan di bawah.

PANDUAN PEPERIKSAAN AKAUNTAN

Tinggalkan Pendapat Anda..