Contoh Soalan Pengetahuan AM Akauntan W41

Akauntan WA41 perlulah mempunyai ciri kepimpinan terbaik termasuk bersifat kreatif dan inovatif dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang Akauntan.

Itu antara ciri kepimpinan yang di cari sebelum calon dilantik sebagai seorang Akauntan negara. Ianya merupakan antara ciri ideal yang diperlukan seorang pegawai Akauntan.

Jadi seorang Akauntan WA41 yang terbaik adalah dari kalangan calon peperiksaan yang mempunyai gabungan ciri ideal tersebut.

Berkepimpinan, Kreatif dan Inovatif.

SEBELUM MENJADI AKAUNTAN

Anda perlu ingat kembali tugas seorang Akauntan iaitu

merancang, penggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

Untuk mencari calon ideal ini (selain dari cukup syarat lantikan), Peperiksaan Akauntan WA41 diadakan di mana setiap soalan yang akan diajukan nanti akan ditarafkan dengan tahap kelayakan seorang Pegawai WA41.

Dalam Peperiksaan Akauntan WA41, Seksyen A iaitu Seksyen Pengetahuan AM mengenai Malaysia dan Dunia akan menguji pengetahuan anda. Untuk menjawab dengan baik Seksyen ini seorang calon perlulah memperlengkapkan diri sebaik mungkin dengan peristiwa semasa, politik, ekonomi dan topik lain yang difikirkan perlu.

Baca lanjut: Peperiksaan Akauntan WA41

SEKSYEN PENGETAHUAN AM – SEKSYEN PERANGKAP

Berdasarkan format Peperiksaan Akautan terdahulu, kebanyakan calon mengatakan Seksyen Pengetahuan AM Peperiksaan Akauntan WA41 merupakan seksyen termudah. Sudah cukup serba sedikit persediaan dengan mengetahui kejadian yang berlaku di Malaysia dan luar negara.

Memang itu antara tips mudah untuk anda menjawab dengan baik Seksyen Pengetahuan AM Akauntan. Tetapi adakah pembacaan anda sahaja sudah cukup untuk menjawab dengan baik Seksyen Pengetahuan AM ini.

Bagaimana pula sekiranya soalan yang ditanya berada di luar skop pengetahuan anda?

Sudah tentu ia memberi sedikit masalah bukan.

Tahukah anda dalam peperiksaan online yang lepas (Peperiksaan Kastam W41). Tidak banyak soalan yang di tanya berkaitan dengan fungsi dan peranan seorang Kastam. Soalan lebih general yang diajukan dan berkemunginan besar soalan sebegitu akan di tanya dalam peperiksaan Akauntan nanti.

Di sini pihak kami ingin kongsikan Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Akauntan WA41 sebagai rujukan anda.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM AKAUNTAN WA41

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Akauntan Gred WA41 yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan.

CONTOH-CONTOH SOALAN

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

1) Barangan berikut tidak dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST)

i) Beras
ii) Ayam Segar
iii) Gula Perang
iv) Bawang Besar

A) I dan ii
B) Iii dan iv
C) I, ii dan iv
D) Ii, iii dan iv

2) Jika kaedah garis lurus digunakan untuk susut nilai asset tetap bagi tempoh berterusan untuk jangka panjang, ianya merujuk kepada konsep

A) Materialiti
B) Ketekalan
C) Pemadanan
D) Catatan Bergu

3) Siapakah yang melantik Pendaftar Wang yang tak dituntut dibawah Akta Wang Tak Dituntut 1965

A) Akauntan Negara
B) Menteri Kewangan
C) Ketua Setiausaha Negara
D) Ketia Setiausaha Perbandaraan

4) Goods & Service Tax (GST) adalah cukai barangan dan perkhidmatan yang diperkenalkan pada 1 April 2015 bagi menggantikan Sales & Service Tax. Nilai ambang (threshold) perolehan tahunan bagi perniagaan yang perlu mendaftar dibawah GST adalah?

A) RM100,000
B) RM300,000
C) RM500,000
D) RM700,000

5) Apakah nama system yang dicipta oleh Luca Pacioli untuk menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik?

A) Simpan Kira
B) Perakaunan Kos
C) Sistem Catatn Bergu
D) Sistem Perakaunan Entiti Berasingan

6) Sebuah syarikat telah menerima bayaran deposit daripada pelanggan sebelum kerja-kerja pengubahsuaian pejabat dimulakan. Bayaran deposit berkenaan adalah merupakan?

A) Aset Tetap
B) Hasil Terakru
C) Liabiliti Semasa
D) Belanja Terdahulu

7) Sebuah syarikat sedang memegang Nota Belum Terima ( Notes Receivable) daripada salah seorang rakan niaga. Apabila tarikh matang tiba, rakan niaga tersebut tidak dapat menebus kembali nota tersebut, Akaun manakah yang perlu didebitkan untuk transaksi tersebut

A) Nota Belum Terima
B) Akaun Belum Terima
C) Belanja Hutang Lapuk
D) Peruntukan Hutang Ragu

8) Belanjawan Negara mengandungi 2 kompenen utama iaitu?

A) Hasil negara dan perbelanjaan negara
B) Hasil negara dan perbelanjaan mengurus
C) Perbelanjaan bekalan dan perbelanjaan tangunggan
D) Perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus

9) Kenyataan manakah yang betul mengenai perakauan akruan?

A) Hasil diiktiraf hanya apabila tunai diterima
B) Perbelanjaan diiktiraf hanya apabila bayaran tunai dilakukan
C) Aset tidak dipermodalkan dan diiktiraf sebagai pembelanjaan pada masa pembayaran
D) Urusniaga diiktiraf apabila ianya berlaku dan bukannya apabila tunai diterima atau dibayar

10) Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?

i) Memiliki dwi kerakyatan
ii) Bebas memilih wakil rakyat
iii) Berpeluang mendapat pendidikan
iv) Berpeluang membentuk kerajaan

A) I dan ii
B) I dan IV
C) II dan III
D) II dan IV

11) Siapakah ketua perkhidmatan bagi skim Akauntan?

A) Akauntan Negara
B) Menteri Kewangan
C) Ketua Setiausaha Negara
D) Ketua Setiausaha Perbendaharaan

12) Manakah merupakan catatan bergu untuk melupuskan hutang lapuk?

A) Debit Akaun Jualan, Kredit Penghutang
B) Debit Penghutang, Kredit Akaun Untung Rugi
C) Debit Akaun Untung Rugi, Kredit Akaun Penghutang
D) Debit Akaun Untung Rugi, Kredit Peruntukan Hutang Lapuk

13) Manakah urusniaga yang menambahkan asset dan liability?

A) Beli stok secara tunai
B) Bayar pemiutangn dengan cek
C) Beli kenderaan secara hutang
D) Terima Tunai daripada penghutang

14) Kumpulan Manakah yang diklasifikasikan sebagai asset semasa?

A) Modal, Perabot, Premis
B) Bank, Tunai, Penghutang
C) Pemiutang, Tunai, Pinjaman
D) Kenderaan, Penghutang, Stok

15) Seorang pemilik perniagaan tunggal mengeluarkan RM500 untuk kegunaannya. Persamaan perakaunan yang mana paling tepat?

A) Aset bertambah RM500 dan ekuiti bertambah RM500
B) Aset bertambah RM500 dan liability bertambah RM500
C) Aset berkurang RM500 dan liability berkurang RM500
D) Liabiliti berkurang RM500 dan ekuiti berkurang RM500

16) Titik pulangan modal merujuk kepada…

A) Cara firma mendapatkan keuntungan perniagaan
B) Kaedah pihak pengurusan untuk mengelakkan kerugian
C) Kombinasi kos dan hasil yang boleh ditingkatkan atau dikurangkan
D) Tahap pengeluaran apabila jumlah kos adalah sama dengan jumlah hasil

17) Manakah merupakan perbelanjaan modal Kelab Sepak Takraw Taman Sri Kasih?

A) Sewa Gelanggang
B) Membaiki bumbung kelab
C) Susut Nilai Perlatan Kelab
D) Membina Gelanggang tambahan

18) Apabila seorang peniaga membeli barang secara kredit, maka…

A) Stok bertambah dan modal bertambah
B) Stok bertambah dan tunai berkurangan
C) Stok bertambah dan penghutang bertambah
D) Stok bertambah dan pemiutang bertambah

19) Akauntabiliti awam ialah…

A) Tanggungjawab pekerja awam terhadap negara
B) Tanggungjawab Menteri terhadap Perdana Menteri
C) Tanggungjawab rakyat terhadap perkhidmatan awam
D) Tanggungjawab pegawai kerajaan terhadap amanah rakyat

20) Manakah akaun berikut merupakan Akaun Nominal?

A) Gaji
B) Tunai
C) Mesin
D) Stok ALat Tulis

21) Manakah antar berikut merupakan item yang dinyatakan dibahagian kredit Imbangan Duga?

I) Diskaun Jualan
II) Diskaun Belian
III) Akaun Belum Terima
IV) Susut Nilai Terkumpul

A) I dan II
B) I dan III
C) II dan IV
D) III dan IV

22) Harga bagi barangan yang diperdagangkan dipasaran antarabangsa ditentukan oleh?

A) Pasaran Import
B) Pasaran Eksport
C) Negara Pengeksport
D) Pasaran eksport dan import

23) Syarikat yang ingin mengenekan bayaran bagi tempat letak kereta perlu mendapat kelulusan daripada?

A) Kerajaan Negeri
B) Kerajaan Persekutuan
C) Pihak Berkuasa Tempatan
D) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

24) Dalam memastikan pencapaian Visi dan Misi Jabatan Akauntan Negara (JANM) nilai bersama adalah elemen kritikal yang diterapkan kepada kakitangan Jabatan. Apakah nilai tersebut?

A) Amanah, Benar, Telus, Bijaksana, Adil, Bersyukur
B) Integrity, Speed, Profesional, Eficcient, Effective, Dynamic
C) Integriti, Espirit de corp, Bertanggungjawab, Profesionalism, Kebebasan dan Kualiti
D) Satisfying the customer, Profesionalism, Espirit de Corp, Integrity & Accountability dan Loyalty

25) Antara berikut yang manakah merupakan liability semasa?

A) Gadai Janji
B) Pinjaman Bank
C) Insuran terdahulu
D) Sewa diterima terdahulu

Pastikan anda dapatkan Panduan Peperiksaan Akauntan untuk lebih banyak set soalan Akauntan terkini.

PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN AKAUNTAN WA41

Pastikan anda dapatkan Panduan Peperiksaan Akauntan WA41 di bawah untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan dan gambaran jelas mengenai Seksyen Pengetahuan AM dan Seksyen Matematik Akauntan.

Terus lakukan tempahan awal melalui pautan berikut:

Panduan Peperiksaan Akauntan WA41 2017 2018

CONTOH SOALAN AKAUNTAN WA41

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Akauntan WA41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Akauntan WA41. Anda boleh mendapatkan panduan tersebut nanti.

Tinggalkan Pendapat Anda..