Contoh Soalan Ujian Psikometrik Akauntan W41

Peperiksaan Akauntan W41 ambilan 2015 akan melibatkan penambahan satu Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik Akauntan. Ujian ini tidak banyak bezanya dengan Ujian Sahsiah dan Minat. Berikut sedikit informasi berkaitan Ujian Psikometrik SPA dan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Akauntan.

TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK AKAUNTAN DIADAKAN

Tujuan utama Ujian Psikometrik Akauntan diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.

Ujian ini dikenali juga dengan Ujian Psikologi SPA, Ujian Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA. Tujuannya jelas, ingin memilih calon yang mempunyai daya pemikiran yang sesuai dengan jawatan yang akan di jawat nanti.

Ujian Psikometrik Akauntan (Ujian Psikologi SPA) ini merupakan salah satu Seksyen wajib jawab bagi calon Akauntan 2015 setelah Peperiksaan Akauntan kali ini diadakan secara online.

Ia merupakan Seksyen peperiksaan khas bagi mengantikan Seksyen Esei Bahasa Melayu dan Inggeris.

Lulus Seksyen ini juga merupakan syarat penting dalam pengambilan Pegawai Akauntan Malaysia. Berdasarkan peranan dan tugas seorang Akauntan yang pelbagai, seorang calon layak perlulah mempunyai ciri kepimpinan dan pemikiran positif.

UJIAN PSIKOMETRIK AKAUNTAN

Masa : 15 minit
Soalan : 36 (aneka pilihan)

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Seksyen Ujian Psikometrik Akauntan dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.

Konsep ujian Psikologi sama seperti ujian Fizikal yang diadakan, ia cenderung untuk memilih calon yang layak dari segi pemikiran.

Baca juga: Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Akauntan

Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Akauntan.

Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

SKOP SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK/PENAKSIRAN PERSONALITI SPA

Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;

  • Kemahiran Berfikir
  • Sikap
  • Perwatakan
  • Emosi
  • dan lain-lain

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.

Baca juga: Contoh Soalan Matematik Akauntan

Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK AKAUNTAN

Penilaian Ujian Psikometrik, Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Berikut merupakan contoh soalan yang mungkin di tanya dalam ujian.

Ujian Sahsiah dan Minat Akauntan Ujian Psikologi SPA

DAPATKAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA

Anda ingin dapatkan contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik Akauntan W41? Ingin ketahui bagaimana menjawab? Calon kini tidak perlu risau dengan adanya panduan khas peperiksaan Akauntan W41 yang akan dikeluarkan nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Rujukan Peperiksaan Akauntan W41
Rujukan Peperiksaan Akauntan W41

 BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41

atau

LANGGAN MENDAPATKAN PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41

(Anda Perlu Melanggan Untuk Mendapatkan Review Copy Percuma)

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Akauntan W41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Akauntan W41. Anda boleh mendapatkan panduan tersebut nanti.

Kepada calon Peperiksaan Akauntan 2015 yang telah melanggan, anda hanya menunggu email pembelian yang akan di hantar terus ke email anda. Pastikan anda tidak terlepas.

Tinggalkan Pendapat Anda..