Tugas dan Peranan Akauntan

Akauntan WA41 merupakan antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti dan para graduan baru.

Sekiranya pelajar berminat menceburi kerjaya ini, mereka perlulah mempunyai kelayakan akademik yang baik, dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Baca juga: Contoh Soalan Akauntan WA41

INFO RINGKAS AKAUNTAN

Tips Peperiksaan – soalan yang diajukan dalam peperiksaan mempunyai perkaitan dengan jawatan yang calon mohon.

Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara.

Untuk menjawat jawatan ini, calon perlulah terlebih dahulu memohon melalui portal rasmi SPA Malaysia.

Calon layak akan di panggil menduduki peperiksaan sebelum menghadiri temuduga. Umumnya di bawah merupakan aliran ringkas menjawat jawatan Akauntan Gred W41.

Mohon – Menduduki Peperiksaan – Temuduga – Berjaya

Nampak mudah bukan? Namun anda perlulah berusaha untuk lulus setiap peringkat di atas.

TUGAS-TUGAS AKAUNTAN GRED WA41

Secara umumnya, Akauntan merupakan individu yang bertanggungjawab merancang, mengatur, dan mentadbir sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta individu.

Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di sini memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan, syarikat serta individu untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur yang ditetapkan.

Tugas khas Akauntan seperti yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia adalah seperti berikut;

merancang, penggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

Selain itu, seorang Akauntan juga mempunyai tugas seperti di bawah:

1. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberikan nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

2. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

3. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain;

4. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/kawalan kos;

5. Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.

6. Memberikan nasihat, merancang, dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

7. Menyediakan penyata cukai, memberikan khidmat nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

PAKEJ RUJUKAN PEPERIKSAAN AKAUNTAN WA41

Pihak kami merasakan sesiapa sahaja perlu kepada panduan dan rujukan peperiksaan ini. Sekiranya, jawatan Peperiksaan Akauntan WA41 merupakan kerjaya pilihan anda.

Bagi kami, tiada lagi panduan seumpamanya yang dihasilkan untuk membantu calon menjawab dengan baik semasa di dalam peperiksaan. Untuk peperiksaan lepas, rujukan ini merupakan pilihan utama.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41 (1)

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN PANDUAN

(Anda Perlu Daftar Ke Sistem Mailing List Akauntan Untuk Tempahan)

Pembelian untuk mendapatkan pakej rujukan ini boleh dilakukan nanti. Sekiranya anda mahukan maklumat lebih lanjut mengenai panduan dan rujukan ini pastikan anda langgan sebagai pembaca laman Akauntan Malaysia menggunakan borang langganan di atas.

 

Sekiranya anda salah seorang calon terlibat, ambil peluang ini dengan mendapatkan panduan temuduga Akauntan yang akan kami hebahkan jualan nanti.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas temuduga Akauntan tersebut, anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Seperti biasa hebahan jualan akan dilakukan terus ke email calon-calon yang mendaftar sahaja.

Tinggalkan Pendapat Anda..