Proses Pengambilan Akauntan

Pihak kami ingin berkongsi sedikit tentang proses pengambilan AKAUNTAN yang mana sebahagian dari kita masih kabur tentang aliran proses pengambilan pegawai yang akan berkhidmat di bawah jawatan ini.

Sebagai satu kerjaya pilihan, anda perlu tahu tentang proses pengambilan ini agar memudahkan anda membuat persediaan rapi nanti.

Bagi memasuki perkhidmatan AKAUNTAN, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my.

Jika anda layak dan menepati syarat pengambilan AKAUNTAN, maka anda akan di panggil nanti untuk menduduki perperiksaan nanti.

Proses Pengambilan AKAUNTAN Malaysia

PROSES PENGAMBILAN AKAUNTAN MALAYSIA

Secara umumnya, semua calon akan melalui beberapa tapisan sebelum mereka dilantik sebagai AKAUNTAN W41.

i) Peperiksaan AKAUNTAN

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan AKAUNTAN ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:

  • Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
  • Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
  • Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
  • Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

UPDATE PEPERIKSAAN ONLINE AKAUNTAN 2014

Calon layak menduduki Peperiksaan AKAUNTAN 2014 yang akan diadakan secara online hanya perlu menjawab tiga Seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik).
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik AKAUNTAN

Di atas merupakan format terkini Peperiksaan Online Akauntan. Lihat juga contoh soalan AKAUNTAN.

 iii) Temuduga Akauntan W41

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai AKAUNTAN adalah temu duga yang dijalankan oleh panel penemuduga SPA.

Penilaian calon semasa akan dilakukan oleh panel penemuduga SPA untuk menyisihkan calon layak atau tidak bagi menjawat jawatan ini.

Calon yang lulus temuduga Akauntan akan berpeluang menjawat jawatan ini.

PROSES PENGAMBILAN AKAUNTAN – APA YANG ANDA PERLU TAHU!!!

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat pihak kami kongsikan mengenai proses pengambilan Akauntan. Di harap calon berminat dengan kerjaya ini mendapat sedikit maklumat berguna melalui artikel ini.

Jika anda mempunyai pendapat dan informasi terkini yang ingin dikongsikan sila berbuat demikian di ruang komen di bawah.

Tinggalkan Pendapat Anda..