Gaji, Syarat Lantikan dan Tugas Akauntan

Akauntan Gred W41 merupakan antara jawatan sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh graduan lepasan Universiti dan pencari kerja kerajaan.

Calon yang berminat menceburi kerjaya ini perlulah mempunyai kelayakan akademik yang baik, seorang yang dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Di bawah pihak kami ingin kongsikan informasi mengenai Gaji, Syarat Lantikan dan Tugas Akauntan Gred W41 sebagai rujukan.

SEPINTAS LALU MENGENAI JAWATAN AKAUNTAN

Latar Belakang Jabatan Akauntan Negara

Jawatan Akauntan Gred W41 merupakan jawatan yang diwujudkan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Mana-mana calon yang lulus peperiksaan dan temuduga Akauntan W41 akan berkhidmat sama ada di bawah Kementerian, Jabatan-jabatan atau Agensi-agensi yang berkaitan dengan Jabatan Akauntan Negara.

Secara umumnya, seorang Akauntan W41 akan melaksanakan tugas berkaitan dengan fungsi perakaunan dan kewangan. Selain dari fungsi audit, laporan kewangan dan perbendaharaan.

GAJI SEORANG AKAUNTAN DAN SYARAT MENJADI AKAUNTAN

Untuk menjadi seorang Akauntan Gred W41 calon perlulah mempunyai cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah. Disertakan juga dengan gaji yang diterima seorang Akauntan.

  • a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]
  • b) Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]
  • c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan diiktiraf oleh Kerajaan. [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ]
  • d) Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia. [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ]
  • e) lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Seorang calon yang mempunyai cukup syarat seperti di atas adalah layak untuk memohon kerja sebagai seorang Akauntan Gred W41.

TUGAS AKAUNTAN W41

Secara umumnya berikut merupakan deskripsi tugas seorang Akauntan Gred W41;

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi perbendaharaan.

SEJARAH RINGKAS AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

LULUS PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41

Rujukan Peperiksaan Akauntan W41
Rujukan Peperiksaan Akauntan W41

Sebelum seseorang calon di panggil untuk di temuduga atau menjawat jawatan Akauntan W41, calon tersebut perlulah lulus peperiksaan Akauntan W41 yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Selalunya calon yang lulus peperiksaan Akauntan W41 akan dipanggil untuk menghadiri temuduga .

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Akauntan W41 nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Akauntan W41 dengan baik.

Selain itu, calon peperiksaan Akauntan W41 juga boleh mendapatkan Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Akauntan W41 yang telah disediakan sebagai panduan menjawab soalan nanti.

Pihak Laman Akauntan Malaysia akan memberi maklumat terkini mengenai Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Akauntan W41 nanti. Pastikan anda langgan sebagai pembaca laman ini untuk maklumat terkini mengenai peperiksaan Akauntan.

Kredit gambar: ShutterStock

Tinggalkan Pendapat Anda..