Piawaian Perakaunan Kerajaan Malaysia

Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK) adalah bertujuan untuk menetapkan dasar dan piawaian perakaunan serta asas persembahan penyata kewangan tahunan yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

Skop

Pernyataan ini hendaklah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan akaun-akaun Kumpulan Wang Disatukan. Akaun-akaun ini perlu diaudit terlebih dahulu oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentangkan di Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Kerajaan Negeri.

Sehingga kini, sembilan(9) PPK telah dikeluarkan seperti berikut:

  1. Dasar Perakaunan Kerajaan
  2. Akaun Hasil Disatukan
  3. Akaun Amanah Disatukan
  4. Akaun Pinjaman Disatukan
  5. Pelaburan
  6. Wang Tunai
  7. Penyata Akaun Memorandum
  8. Pertukaran Mata Wang Asing
  9. Pemberian Kerajaan

Kredit Gambar: Accountants calculating profit/ShutterStock

Tinggalkan Pendapat Anda..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here