Jabatan Akauntan Negara Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awamnya dalam memenuhi dan menepati matlamat, hasrat dan kehendak kerajaan dan pelanggan yang pelbagai dan kompleks pada masa ini.
Dalam memastikan matlamat, hasrat dan kehendak kerajaan dan pelanggan yang pelbagai ini Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui Akauntan Negara yang dilantik akan melaksanakan kerja dan tanggungjawab melalui kuasa yang telah ditetapkan.
KUASA AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Di bawah merupakan antara kuasa Akauntan Negara:
Akauntan Utama bagi Kerajaan Persekutuan dan Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan Persekutuan dengan mempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara-tatacara perakaunan berkenaan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri.
Arahan Perbendaharaan
Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan:
- Akauntan
- Penolong Akauntan
- Pembantu Akauntan
Pendaftar Wang Tak Dituntut dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut berkuatkuasa mulai 1 Jun 1975 di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965
Akta Wang Tak Dituntut 1965