Etika Kerja Akauntan

Jabatan Akauntan Negara ialah sebuah agensi perkhidmatan awam yang menyediakan perkhidmatan berkaitan akauntan dan kewangan kepada negara, masyarakat dan individu.

Perkhidmatan yang diberikan adalah bertepatan dengan hasrat dan matlamat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Oleh itu, setiap pekerja perlu memiliki pengetahuan, kemahiran dan keupayaan kerja serta bersikap positif terhadap tugas dan tanggungjawab seorang Akauntan.

ETIKA KERJA AKAUNTAN

Kod Etika Pekerja Jabatan Akauntan Negara adalah piawaian yang diamalkan oleh pekerja yang kompeten, berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap tugas untuk menjamin perkhidmatan kewangan dan pembangunan negara dan masyarakat yang berkesan dan berkualiti.

Berikut merupakan Etika Kerja yang harus anda ketahui sekiranya anda berminat dengan jawatan Akauntan.

S : Mengutamakan pelanggan (Satisfying the customers)

  • Memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, tepat dan berintegriti kepada semua pelanggan dan stakeholder.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan secara berterusan mengikut keperluan.
  • Meningkatkan kompetensi diri agar perkhidmatan yang diberikan memenuhi ekspektasi pelanggan.

P : Profesionalisme (Professionalism)

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran berterusan.
  • Mempamerkan semangat kerja yang tinggi.
  • Meningkatkan prestasi kerja untuk mencapai kualiti yang berterusan.
  • Peka terhadap perkembangan, kemajuan dan perubahan dalam teknologi dan profesion perakaunan.
  • Mempamerkan nilai dan tingkahlaku yang berkualiti dan kompeten.
  • Bersopan santun, berbudi bahasa dan berhemah tinggi dalam segala urusan.
  • Berpenampilan kemas dan sesuai mengikut keadaan dan suasana.

EC : Kerja Berpasukan (Esprit de Corp)

  • Bekerjasama dalam menyelesaikan isu dan masalah.
  • Mempunyai sikap saling bantu membantu dalam usaha mencapai keberhasilan jabatan.
  • Berkongsi maklumat, pengalaman dan ilmu pengetahuan.
  • Menghargai sumbangan idea daripada anggota organisasi.
  • Saling hormat menghormati dan mengeratkan silaturrahim.

IA : Integriti dan akauntabiliti (Integrity and accountability)

  • Mengamalkan sikap amanah, tulus, ikhlas, berpegang kepada prinsip dan boleh dipercayai.
  • Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Bertanggungjawab ke atas semua tindakan dan keputusan yang diambil.
  • Berfikiran positif dan sedia memberi dan menerima cadangan serta maklum balas yang tepat dan benar.

L : Kesetiaan (Loyalty)

  • Menunjukkan kesetiaan kepada Jabatan, Kerajaan dan Negara.
  • Menjaga nama baik dan imej Jabatan serta profesion perakaunan.
  • Memahami, menghayati dan mematuhi Nilai Bersama Jabatan..

Secara umumnya di atas merupakan Kod Etika Akauntan yang menjadi pegangan “nilai dan moral” serta “panduan dan peraturan” yang menjadi piawaian dan kod tingkah laku bagi semua pekerja Akauntan Malaysia.

Kredit Gambar: People Working and Ethics Concept/ShutterStock

Tinggalkan Pendapat Anda..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here