Visi, Misi dan Objektif Jabatan Akauntan Negara

Terdapat beberapa visi, misi dan objektif yang jelas dalam penubuhan Jabatan Akauntan Negara beberapa dekad yang lalu selari dengan perkembangan negara.

Secara asasnya, Jabatan Akauntan Negara digerakkan oleh visi, misi dan objektif di bawah. Permahaman tentang visi, misi dan objektif penubuhan akan membantu seorang calon yang akan menjawat jawatan Akauntan.

Visi

“ Menjadi Sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan
dan kewangan sektor awam ”

Misi

Menyedia dan memantapkan perkhidmatan perakaunan dan kewangan Kerajaan yang komprehensif bagi mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam

Objektif

  • Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan.
  • Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi Kerajaan.
  • Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.
  • Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan perakaunan.
  • Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Tinggalkan Pendapat Anda..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here