Latar Belakang Jabatan Akauntan Negara

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Bahagian-bahagian di JANM terdiri daripada :

1. Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP)
2. Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
3. Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA)
4. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat ( BPTM )
5. Bahagian Pengurusan Amanah Dan Sekuriti (BPAS)
6. Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
7. Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
8. Institut Perakaunan Negara (IPN)

Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan. JANM kini telah berkembang kepada 25 pejabat Negeri/Cawangan di seluruh Malaysia.

PENERAJU JANM

Jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 13 orang Akauntan Negara. Pada tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan.

Senarai nama Akauntan Negara dari 1946 hingga sekarang adalah seperti berikut:

Senarai Akauntan Negara Malaysia

Tinggalkan Pendapat Anda..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here